//BE MY EVERYTHING
Lady Boss ♡






Diaries Big Boss Click Stuff

Hi everybody ! Welcome to my blog. Enjoy your reading here as well okay. Haters, you make me famous. Thankyou :* Leave you footprint below okay. I'll visit you back later.


Footprint




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Nurkhairin Syuhada



Kehidupan


Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah aku masih diberi peluang bernafas dan menunaikan Solat Subuh setelah matinya aku seketika semalam. Aku masih berpeluang mendengar merdunya suara Azan. Aku masih berpeluang melihat pemandangan ciptaanMu. Alhamdulillah....

Kehidupan... Dlm kehidupan adakalanya aku lalai. Ada kalanya aku jatuh. Adakalanya aku bangkit drpd kejatuhan dan kelalaianku. Tp adakalanya aku tersungkur spt tiada arah. Aku spt manusia yg tidak tahu bagaimana aku perlu bangkit drpd kesungkuran itu.

Kehidupan... Indahnya perancanganMu Ya Rabb. Indahnya perancanganMu dlm kehidupanku. Di pg Subuh ini aku menatap gambar keluargaku. Jujur aku rindu. Aku fikir nk menangis sekuat hati sepuas hati. Aku rindu suasana keluargaku. Tp Kau mengajarku utk meluahkan rindu itu melalui doa kpdMu.

Klau di JB, akan ada satu bukit berhampiran rumahku yg menjadi tempat utk aku meluahkan perasaan. Tempat utk aku menangis sepuashati, menjerit sekuat hati. Tmpt utk aku pandang ke langit dan menangisi apa yg telah terjadi pdku. Ya, sememangnya tidak perlu buat mcmtu. Hanya bersujud nk meminta petunjukMu. Tp, adakalanya aku perlu melepaskan apa yg aku rasa di tempat yg sesuai.

Di UiTM Arau, aku tidak tahu dimana hendak meluahkan segala rasa yg terpendam, segala sakit yg dirasai. Tp Alhamdulillah... Kau berikan aku satu tmpt utk aku menangis sambil melihat keindahanMu. Agar menjadi kesedaran pdku bahawa Kau tidak pernah menghampakan hambaMu. Kau tkkn biarkan hambaMu keseorangan dgn segala yg terpendam. Kau sediakan bukit di sportcomp agar aku boleh menangis dlm masa yg sama aku boleh menikmati keindahanMu.

Terimakasih Ya Allah... Kehidupan ni bermakna bg ku walaupun aku tahu dan mereka tahu, kehidupan ini terlalu singkat bg ku. Aku cuba sedaya semampu aku utk mencari kekuatan dan ketabahan. Aku cuba sedaya semampu aku utk mengukir senyuman walaupun aku tau dlm hidupku ini penuh dgn airmata...

Aku redha dgn segalanya. Kerana aku tahu perancanganMu adalah sebaik-2 perancangan. Alhamdulillah