//BE MY EVERYTHING
Lady Boss ♡






Diaries Big Boss Click Stuff

Hi everybody ! Welcome to my blog. Enjoy your reading here as well okay. Haters, you make me famous. Thankyou :* Leave you footprint below okay. I'll visit you back later.


Footprint




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Nurkhairin Syuhada



Airmata


Bismillahirrahmanirrahim... Sebelum aku mulakan post aku pd hari ini, sama-2 kita bersyukur kehadrat Illahi kerana masih panjangkn umur kita, masih memberi kita peluang utk melakukan amal ibadat di dunia ni, masih memberi kita kesihatan yg sihat hari ni. Klau sakit, tlg lah jgn mengeluh sebaliknya bersyukur dgn kehidupan yg diberi ini. Alhamdulillah...

Airmata... Selalu mengalir tatkala aku sedih. Adakalanya ketika gembira jg ia menjatuhkan satu persatu titisan airmata. Hampir setiap hari aku menangis. Menangis menahan kesakitan yg aku lalui. Menangisi setiap cabaran yg aku lalui hari demi hari. Menangis kerana karenah manusia...

Ya Allah... Aku buntu ketika ini. Bagaimana hendak aku lalui semua ni? Ingin aku menjerit sehingga satu dunia tersedar akan kewujudan ku. Ingin aku berlari dr dunia ini agar mereka merasai kehilanganku... Tp aku tahu, aku tidak mampu. Kekuatan itu tk ada dlm diri aku, Ya Rabb. Puas aku mencari kekuatan tp aku gagal. Akhirnya aku mengalirkn airmata utk aku kembali bersemangat...

Aku tidak tahu apa yg aku lakukan sehingga begini mereka menguji aku. Aku tidak tahu apa yg aku katakan sehingga begini mereka mengecualikan aku. Adakah kerana apa yg aku lalui dlm kehidupan aku? Adakah kerana kematian itu begitu hampir menyapaku? Aku tidak tahu... Tp Alhamdulillah aku lebih senang menyendiri ketika ini. Dan disaat mereka membiarkan aku, mereka jg tidak sedar dlm masa yg singkat aku akan meninggalkn mereka. Tanpa mereka sedar, mereka akan kehilanganku. Itu yg aku mahu...

Knp aku mahukn begitu? Kerana airmata ini tidak mampu lg menanggung segala beban yg ada. Kerana airmata ini tidak mampu lg menahan segala pedih yg ada. Aku tidak mengeluh... Tp aku kecewa dgn sikap segelintir manusia. Dan akhirnya aku menyerah kalah. Akhirnya aku tewas.

Biarkanlah aku dlm keadaan berseorangan. Kerana apabila Malaikat Maut menjemputku, aku pasti akan pergi berseorangan tanpa mereka. Apabila di dlm kubur, aku di soal tanpa mereka ketahui, tanpa mereka di sisi. Ya Allah, bg aku kekuatan dlm menghadapi liku-2 berseorangan. Tabahkan hati aku...

Selagi aku masih mampu tersenyum, kau hargailah senyumanku ini. Kerana aku manusia yg cukup pemurah dgn senyuman. Dan aku manusia yg cukup senang menjatuhkan airmata di belakang teman. Bila tiba saatnya aku dh tk terdaya lg mengukirkan senyuman, dan tiba masanya aku terbaring bagai tidak bernyawa, jgn kau kenangkn senyumanku ini. Kerana jika betul kau menghargai, kau akan bangkitkan semangat utk aku berlawan. Kerana kau tahu dan aku tahu, kekuatan yg aku cari adalah kerana Dia dan org sekelilingku. Tlg jgn jatuh disaat aku jatuh. Bangkitkan aku drpd kejatuhanku. Terus menyokong ketika aku menyerah kalah. Melainkan Malaikat Maut menyapaku. Melainkan Allah memanggilku. Kerana masa ini terlalu singkat bg ku...