//BE MY EVERYTHING
Lady Boss ♡






Diaries Big Boss Click Stuff

Hi everybody ! Welcome to my blog. Enjoy your reading here as well okay. Haters, you make me famous. Thankyou :* Leave you footprint below okay. I'll visit you back later.


Footprint




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Nurkhairin Syuhada



Aku




Bismillahirrahmanirrahim... Seperti biasa aku akan menaip post sebelum aku tidur sementara ataupun bakal tidur buat selamanya...

Kau lihatlah gambar aku. Kau lihatlah wajah aku. Tersenyum kegembiraan. Tersenyum bagai kebahagiaan milik aku. Ya, aku bahagia dgn kehidupan aku skrg. Aku bahagia dgn senyuman yg aku miliki yg masih mampu lg aku ukirkan... Kau tataplah gambar ku. Kau renunglah wajahku. Tiada setitis airmata pun jatuh.

Ya, di hadapanmu aku mampu mengorak langkah menggapai kejayaan. Di hadapan mereka aku masih mampu tersenyum dan meraikan kegembiraan. Tp kau tidak tahu, dan mereka sekalipun tidak tahu apa yg sedang aku lalui. Kau dan org sekelilingku tidak mengenal erti kesakitan yg aku miliki...

Kau lihatlah senyumanku sepuasnya selagi aku masih mampu tersenyum. Tp jgn menangis apabila aku sudah tidak terdaya mengukirkan senyuman kegembiraan. Jgn menangis, aku mohon jgn menangis. Senyumlah sepertimana aku masih kuat mengukirkan senyuman di saat aku hampir menyerah kalah.

Kau bergembiralah sepertimana kau bergembira semasa aku masih mampu berdiri tegak, masih mampu menyahut cabaran dan masih mampu mengukirkan senyuman. Jgn menangis... Aku merayu jgn menangis. Jika kau rindukan senyumanku ini, kau tataplah gambar ini. Kau bacalah setiap post yg aku cipta. Kau sedekahkanlah Al-Fatihah dgn seikhlas hati agar aku dpt merasai rindumu...

Jika hari ini adalah hari terakhir aku, maka kau ampunkanlah segala dosa dan salah silapku sepanjang perkenalan kita. Dan kau halalkanlah segala apa yg aku terpinjam, terpakai, termakan samada sengaja atau tidak sengaja. Kau ikhlaskanlah hati menerima kepergianku...