//BE MY EVERYTHING
Lady Boss ♡






Diaries Big Boss Click Stuff

Hi everybody ! Welcome to my blog. Enjoy your reading here as well okay. Haters, you make me famous. Thankyou :* Leave you footprint below okay. I'll visit you back later.


Footprint




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Nurkhairin Syuhada



They thought I'm strong enough


Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah aku masih mampu menghirup udara segar di dunia ini. Aku masih mampu duduk di kaki bukit menikmati keindahanMu. Ya Allah, terimakasih utk kehidupan ini. Terimakasih kerana memberi aku peluang utk memperbetulkan keadaan. Terimakasih kerana masih memberi aku peluang utk bersujud kepadaMu...

Hari ini. Ketika ini. Saat ini. Detik ini. Terduduknya aku di kaki bukit ini utk menghamparkan segala rasa yg terpendam. Dan ketika ini aku mencipta nukilan ini sambil menikmati keindahanMu. Ya Allah, sungguh besar kurniaanMu terhadapku. Kau melimpahkan segala ketenangan terhadapku. Kau memberikanku kekuatan utk menghadapi setiap cabaran dgn penuh kesabaran.

Awan mendung ketika ini, Ya Rabb. Angin bertiup sayu. Tumbuh-tumbuhan menghijau di sekitar ini. Rakan-2 saling bergelak ketawa. Tenangnya aku ketika ini...Terlena sebentar aku dibuai keindahanMu. Indahnya pemandanganMu. Bersyukurnya aku dilahirkan sbg seorang wanita Islam...

"I'm not a perfect person. I make a lot of mistakes. But I really appreciate those people who stay with me after knowing how I really am." Quotes ini memberi aku semangat utk meneruskan kehidupan. Quotes ini jg memberi aku kekuatan dlm menghadapi setiap cabaran yg Kau turunkan terhadap aku. Quotes ini jg yg memberi aku ketabahan dlm mengharungi liku-2 kehidupan. Tetapi, satu sahaja yg mampu menenangkan ku. Berdoa dan beribadah kepadaMu adalah menjadi hal yg terindah buatku...

Dgn semua ini aku sedar tidak semua org suka dgn kewujudan kita di sisi setelah mengetahui kekurangan kita. Dan aku jg sedar tidak semua dpt menerima buruk baik diri kita... Kau memberi aku petunjuk agar kekal dgn mereka yg dpt menerima segala kekurangan kita dan dpt menghargai kita sbg seorang manusia yg ada hati dan perasaan spt mereka.

Aku mengalah. Aku redha dgn segala ketentuanMu. Aku pasrah dgn segalanya. Aku biarkan airmata ini terus mengalir tiada henti. Aku biarkan semangat aku luntuh. Aku biarkan kekuatan aku berkurangan. Mereka nampak aku kuat. Mereka nampak aku tabah. Mereka nampak aku bersemangat. Mereka nampak aku tersenyum. Dan mereka nampak aku mengukirkan senyuman kegembiraan. Tp mereka tidak nampak betapa jatuh terduduknya aku melawan. Mereka tidak nampak betapa rebahnya aku di sini...

Aku bersendirian ketika ini. Aku mencari kekuatan di sini. Aku mencari ketenangan saat ini. Aku tidak mengeluh walau sedikit sekalipun dgn apa yg kau duga. Aku redha. Aku serahkan segalanya kpdMu kerana aku tahu perancanganMu adalah sebaik-2 perancangan. Aku membiarkan mereka nampak akan kegembiraanku. Tanpa menunjukkan kesakitan yg aku alami.

Kau berikanlah ketenangan berterusan dlm hidup ini. Kau berikanlah aku kekuatan yg tidak berkurangan. Kau berikanlah aku ketabahan yg tiada hentinya. Kerana hidupku ini tersangat memerlukan itu semua. Hentikanlah airmataku drpd mengalir. Kau ukirkanlah senyuman sepanjang aku masih hidup di muka bumi ini...

Seronoknya aku melihat mereka tertawa. Seronoknya aku melihat mereka bersuka ria. Seronoknya aku melihat hamba-2Mu yg sedang bergelak ketawa di hadapanku. Kau peliharalah iman mereka yg sempurna dr segi kesihatan ini. Kau peliharalah senyuman mereka, Kau bimbinglah mereka dlm membentuk peribadi dan akhlak yg mulia dan sempurna sepertimana kau menyempurnakan kehidupan mereka....